Monday, June 6, 2011

Happy Betul Aku

eh , dia reply mesej aku lah . ingat kan dia bz sangat ngan kerja dia , or dah tidur ke takut kena ambush ngan member member . rupa nya dia lambat sebab memang kena ambush . then bersih kan diri , baru reply mesej aku . seronok gila aku ! mesej punya mesej , dia pon cerita macam mana boleh kena . haha . padan muka awak ! then dia nak tidur , ngantuk . hajat di hati nak call dia kejap sebelum dia tidur . tapi kata nya takut bising , ganggu kawan kawan dia tidur . mula nya aku nak jugak call , tapi takpe lah , aku hormat lah dia ngan roommate dia . and dia pon dah cakap 'esok jelah' so makna nya hari ni aku akan call dia . hahaha ! tapi bila kelas dia habis pon aku tak tau . bila dia free pon aku tak tau . takpe lah , malam nanti je kot . okay lah , sampai sini buat masa nie . assalamualaikum !

7th of June

Segala nya telah ku lakukan . Harapan tinggal harapan . Today is her birthday . Kalau dia boleh dengar hati aku , mesti dia akan tau macam mana derita aku . Betul kata orang , penantian satu penyiksaan . fuh , memang seksa . tak tipu . hayati bait bait lirik nie .


Aku yang masih disini
Bertemankan rindu dalam sepi
Aku yang setia menanti
Menunggu jawapan yang belum pasti
Akan ku temui bilakah direstui nanti
Aku yang kian sendiri
Bertemankan bayangan diri
Aku yang masih lagi mencari
Menatap gambaran lukisan hati
Yang engkau beri tika mula
Aku kenali dulu
Penantian satu penyiksaan
Dalam kebuntuan sebuah kesampaian
Di ulit sepi yang mencengkam
Bagaikan pungguk merindukan
Bulan purnama
Indahnya nun jauh di sana
Cinta ku beraja di hati
Tiada istilah tandus lagi
Hanya takdir yang akan merestui
Pertemuan perpisahan ini
Kita berdoa bersama
Agar bertemu kita semula

kalau malam nie aku punya fon appear nama 'dia' as a caller , dengan pantas nya aku akan jawab ! tapi kalau tak pon , aku harap sangat 1 mesej dari 'dia' . 1 je cukup utk gembirakan hati aku . 1 je . 1 . Bukan 100 tapi 1 . 1 je . tapi kalau tak pon , masih berat , just remember me as her 'friend' . Aku akan tunggu sampai saat nya benda yang aku harapkan nie terjadi . Insyaallah . YOU , all I ever wanted ! 

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana 

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan 

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
pada ketulusan a a ai aishiteru

saatku sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah

lupakan segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali 

sincerely ,             
Muhammad Azshakimi Othman
for                    
SA(still secretive)         


Sunday, June 5, 2011

Happy 20th Birthday Suhaida Amilia :)

happy birthday suhaida amilia aka amy , my special 'friend' . semoga awak panjang umur , murah rezeki , n berbahagia dengan orang tersayang n family tercinta . awak mungkin tak akan baca post nie sbb sy rasa awak tak tau kot sy ada blog . padahal byk dah sy tulis pasal awak , ahaha . takpe lah , sape yang dah baca tau lah betapa rindu nya saya kat awak . sempena hari lahir awak nie , sy ada sikit video utk awak . suara tak lah sedap , tapi sy ikhlas . kalau suka , alhamdulillah . kalau tak suka , sori ....



sebenarnya ada lagi lagu yang sy main kan utk awak , tapi size nya terlalu besar , so tak boleh nak upload . sy main 8 lagu utk awak . nie list nya . 

1. happy birthday
2. cromok - another you 
3. autumn in my heart 
4. westlife - more than words
5. peterpan - semua tentang kita 
6. bruno mars - grenade 
7. zhivilia - aishiteru 
8. yang terindah - OST Adamaya

lagu happy birthday je boleh upload . yang lain besar . pastu lagu yang boleh burn kat cd plak lagu no 1 , no 5 . yang lain tu tak tau ar ape masalah . igt nak bagi kat awak je lepas burn , tapi tak tau lah asal tak leh burn . bengang saya . takpe lah . eh , awak jangan gelak tau lepas tengok video tu . ahah . bye bye . happy birthday . (kalau terbaca , harap tersenyum)

Thursday, April 28, 2011

Day 10: One person you can trust

The only person I think never lie to me is SAMS . So , she is the only one i really trust . Finally , I've done my job to complete 10 things about myself . :)

Wednesday, April 27, 2011

Day 9: Two things you wish you could do.

1. I wish I can be with SAMS like before .
2. I wish I can own a sport car .

Saturday, April 23, 2011

Thursday, April 21, 2011

Day 7: Four memories you won’t forget.

1. Slapped by En Badrul Hisham when i was in form 5 , in front of all students (weekly assembly)
2. Dinobatkan sebagai 'Pelatih Terbaik Keseluruhan PLKN Miri' and 'Pelajar Terbaik Tingkatan 1' and also  
    'Tokoh Pelajar 2003'
3. Won the 'Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah Peringkat Daerah Klang 2004' and got no 4 in  
    'Pertandingan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Selangor 2004'
4. Every moment with SAMS

Wednesday, April 20, 2011

Day 6: Five things you can’t live without.

1. Phone
2. Family
3. McFulaly
4. Otai Otai PB
5. Watch

Tuesday, April 19, 2011

Day 5: Six songs that you’re addicted to.

1. I Wanted You by Ina
2. Jar of Hearts by Christiana Perri
3. Grenade by Bruno Mars
4. Love Like Woe by The Ready Set
5. With You by Chris Brown
6. Teman by The Lion Story

Monday, April 18, 2011

Day 4: Seven fears/phobias.

1. Allah
2. Height
3. Tukang mesin rumput
4. Lap masa bawak motor
5. Anjing
6. Psyco orang yang tak berapa kenal
7. Falling in love with someone who do not appreciate my love

Saturday, April 16, 2011

Day 3 : Eight things that annoy you

1. Kawan makan kawan
2. PLAYGIRL !
3. Bajet cute .
4. Tunggu member lambat .
5. Memaksa dan dipaksa .
6. Member kentut senyap senyap then bau busuk gila . tak mengaku pulak tu !
7. Seseorang yang mengada ngada .
8. Seseorang yang bajet bagus .

Thursday, April 14, 2011

Day 2 : Nine things you do everyday

1. Solat
2. Rindu family and McFulaly
3. Mencarut
4. Main gitar
5. Thinking about her
6. Main game 02 Jam
7. Tidur
8. Update perbelanjaan harian
9. Buat member marah dan gelak

Tuesday, April 12, 2011

Day 1: Ten random facts about yourself.

1. Still waiting for her .
2. Suka buat orang buat . Rasa puas sangat bila dapat tengok orang gelak .
3. Can be a very good person , and also can be a very bad person .
4. Boleh buat orang lain ketawa dan kecik hati dan marah dalam masa yang sama . haha
5. Dilahirkan untuk menggembirakan orang , selain mengenakan dan menganjing orang lain .
6. Seorang kawan yang agak baik .
7. Mulut laser dan celupar . Cakap main lepas je .
8. Quite hard to fall in love . so kalau dah jumpa girl , memang sayang gila kat girl tu .
9. Cepat pressure , cepat down dengan tekanan , cepat putus asa .
10. Agak mudah utk menangis .
Day 1: Ten random facts about yourself.
Day 2: Nine things you do everyday.
Day 3: Eight things that annoy you.
Day 4: Seven fears/phobias.
Day 5: Six songs that you’re addicted to.
Day 6: Five things you can’t live without.
Day 7: Four memories you won’t forget.
Day 8: Three words you can’t go a day without using.
Day 9: Two things you wish you could do.
Day 10: One person you can trust


So now I just started , after all ppl may have been done this :) stole it from izyani eneira isma !

Monday, April 11, 2011

PENYELAMAT

mesti korang semua tertanya tanya kan siapakah gerangan nya gadis ini . awek baru aku ? bukan .... kekasih hati ? bukan ... pujaan hati ? bukan .... gadis tol ? gila ke ! tukang masak ? bukan .... sebenar nya gadis ini ialah KAKAK kesayangan aku , satu satu nya kakak aku di dunia ini . yang sebelah dia tu ? tu lah abang iapar aku , yang terlalu kelakar , baik dan yang penting tak kedekut ! haa . tapi 1 yang kadang kadang aku bengang ngan abang ipar aku nie , dia suka main main kan orang . aha . macam aku lah . tapi dia lagi kaw kaw . lagi terror tahap dewa . aku nie masih amatur . yang budak kecik 2 orang tu ? anak anak buah aku yang paling aku sayang , aku rindu . manje sangat ngan aku , sku suka layan diorang main ke ape ke . dua dua memang bijak . anak buah aku yang tua tu , dia sekarang sekolah convent klang darjah 3 kalau tak silap . yang kecik tu 5 tahun . comel kan ? kalau korang cakap tak comel lantaak korang lah . bagi aku dia orang comel . nie aku nak cerita sikit . aku bukan nak cerita pasal salah silah keluarga aku . aku nak share pasal hidup aku yang dibantu oleh bapak aku , mak baru aku , akak aku ngan abang ipar aku ngan abang abang aku . petang tadi , aku syok tido , tiba tiba aku tersentak ada panggilan masuk . kacau betullah . tengah mimpi lisa surihani . then aku tengok nama abah . so aku angkat lah . 

aku : hello , assalamualaikum .
abah : waalaikummussalam . kimie , mula mula sekali abah nak mintak maaf . 
aku : ait ? lain macam je nie ? ape hal nye bah ? 
abah : abah tak dapat nak amek kau kat dungun tu nanti . nenek kau (mak kepada mak baru aku) sakit . 25 april nie operation . sakit jantung . so abah kena jaga . 
aku : oh takpe lah , abis cakap haritu azroy (abang aku) nak amek ? 
abah : mula mula memang nak suruh dia amek , then dia pon takda duit sangat sekarang nie . duit minyak lagi ape lagi . lagi pon kereta abah tak servis lagi . 
aku : urrmmm takpe lah macam tu . its okay . 
abah : nanti abah masukkan duit nak balik 
aku : okay . assalamualaikum .
abah : waalaikumussalam . 

tuutt tuutttt ..

abis lah ! duit aku sekarang nie dah lah tinggal nyawa nyawa ikan . macam mana aku nak hidup nie ! serabut gila aku ! dengan test electronic esok pagi . dengan masam\lah duit . dengan transport balik ! barang dah lah banyak ! then member aku 2 orang nak tumpang lagi . hmm . aku dah tak keruan dah . then aku call akak aku  . tak angkat ! aaaaargggh ! tension ! then aku mesej . malam tadi , masa aku otw gi kelas baru akak aku balas mesej tu . then aku call dia . aku masuk lewat sikit kelas (nasib baik lecturer okay) . aku cakap lah duit aku dah kurang . then dia cakap dia masukkan hari khamis niee ,then dia cakap dia , masukkan lebih sikit kalau ada rezeki . then aku terharu . seronok semua ada ! then lagi tambah seronok dia cakap abang aku (azroy) amek aku kat dungun nanti ! wow ! tak payah lah aku nak risau pasal tiket . dia cakap minyak semua dia settle kan , tong tong ngan abang aku sikit lah . so jangan risau kata nya . THANX KAK IN ! AKU SAYANG KAU ! ayat nie yang keluar spontan dari mulut aku tadi . aha . then aku cakap aku ada kelas . perbualan kami terputus di situ . 

THANX KAKAK ! sayang u lebih ! 

muaahhhh muaaahhh muuaahh !

Thursday, April 7, 2011

S E T I A M E N A N T I

orang kata , kalau cinta yang dicari itu akan berlalu pergi , tapi cinta yang datang sendiri itu lah cinta sejati . gadis ini yang selalu muncul dalam mimpi aku , dalam tidur aku , dalam angan aku . tapi ........ mungkin ia hanya satu angan . tapi aku yakin dengan takdir . kalau dia memang jodoh aku , macam mana jauh sekali pon dia , macam mana halangan yang datang sekalipon , dia tetap milik aku . itu kalau dia jodoh aku lah . kalau bukan , aku redha je . asal kan dia happy , aku turut happy . i miss u . 

she makes me crazy



*malam nie tiba tiba aku rasa nak jiwang pulak .

Thursday, March 31, 2011

SEKALI LAGI

rasa nya dah sampai masa nya aku gantung kasut futsal aku . mula mula , tournament FUTSAL ATTACK , team aku kalah kat pusingan kedua . then kali nie team aku kalah lagi , PERINGKAT KUMPULAN . first game aku tak tau apa masalah kitorang , semua main macam budak sekolah . kelam kabut betul . aku rasa sebab ikut game diorang kot . diorang main laju , kitorang terikut . then kalah 5-0 . hmm . nasib baik team tu member kitorang jugak . satu bilik . so tak kesah lah . next game kalah ngan budak part 6 . main okay , teratur , n kemas . tenang je , tapi takde nasib . kalah 2-1 . budak tu main ganas gila . aku kena tackle ade lah dekat 10 kali . tergolek sini tergolek sana . hakim , member aku sampai berguling guling kena . bengang gila ! tapi still relax sebab malas nak cari gaduh . nak buat macam mana TRANQUILLO , bukan rezeki korang buat masa nie . maybe Allah nak bagi korang menang lain kali . rezeki Allah , siapa tau kan ? ada hikmah nya semua nie . aku percaya kat rezeki Allah . maybe rezeki aku kat Mcfulaly . who knows ?

Tuesday, March 29, 2011

PAGOH OH PAGOH

24 March 2011


kami bertolak dari uitm dungun ke ikbn pagoh . sebelum tu , aku rasa malas sangat nak pergi coz aku dapat berita dari member aku kat klang bahawasanya junior junior aku akan bertanding kawad hari rabu nie . diorang suruh aku balik . aku nie kalau tak ada ape ape dah lama dah aku balik . serba salah aku dibuat nya . tapi aku dah jelas kan kat diorang , so aku pon meneruskan perjalanan aku . nak cerita sikit . perjalanan macam sial lama ! dari pukul 3.15 pm kitorang gerak , 12 am baru sampai . makkkkkkk aiihh ! bukan main lama lagi . dah siap bangun , tidur balik then bangun balik tak sampai sampai lagi . nie lah serba sedikit gambar kitorang masa 1st day . perjalanan yang memenatkan ..


25 March 2011

pagi tu almost half day kitorang buat hal sendiri sbb aktivity mula pukul 5 . tu pon just utk ketua kumpulan je . aku nie secara tiba tiba dilantik menjadi ketua . pagi tu tak puas hati betul kitorang . ade ke patut saddan g jalan jalan ngan driver bas aka roommate aril berenam je . yang lain dia tak ajak pon ! sioot ! kitorang pon ape lagi . pisang jelah kat dalam bilik sementara nak menanti aktiviti seterusnya . dengan lapar gila babi nye , kitorang pon menuju ke cafe yang agak jauh dari dorm . aku nie dalam poket just ada RM2.20 . atm pulak boleh rosak ! aku ingat cukup lah nak makan sikit sikit . last last kena jugak RM2.50 ! ahaha . mana nak cekau . nasib baik tarmizi ada . dia bayarkan . then makan makan terus balik then rehat n bersiap pergi solat . petang tu kitorang ke dewan umno pagoh kalau tak silap . sbb kata kak ila ada ceramah yang wajib utk ketua pasukan kat situ . sampai sampai kosong je ! ahahhaahah . salah tempat da .. tapi dapat jugak lah berposing posing kat situ . then malam tu baru lah ke dewan yang sebenar utk FORUM 1 MALAYSIA . nie antara pics nya . 
pengumuman raya
seksi itu menawan . ahaha
bos dan kuli nya . aha
betul terkejut ea ?
hormatilah para pemimpin
nak pergi kerja (jaga trafik)
saddan nampak 'menarik'
 26 March 2011

pagi pagi lagi dah kena bangun . siot ! aku dah lah mengantuk gila . pagi pagi tu dapat arahan supaya berkumpul pukul 7.30 pagi sebab pagi tu ada perasmian pasal orienteering tu lah , then terus berlepas . kitorang rilek je . aku rasa uitm Dungun paling otai . lambat gila sampai . aha . pagi tu kena pakai baju balut nangka warna hitam tajaan orienteering tu . bukan main besar ! tak pernah aku pakai baju saiz L . nie semua pasal dak pompuan ! semua diorang dah sapu saiz kecik ! bengang je ! pakai jelah kan ? dah terpaksa . then sampai sampai je terus daftar amek transponder , timer yang lekat kan kat ankle . tak pernah pulak aku pakai menatang tu , so aku pon takut nak pakai sbb takut hilang , aku suruh ar partner aku pakai . dia lebih bagus . aha . then aktiviti senam robik bodoh , yang telah di'conduct' oleh seorang andartu yang dah berkedut tapi masih terkinja kinja . geli aku tengok . lepas senam robik tu , ada lah ucapan perasmian . aktiviti yang ditunggu tunggu akhirnya tiba . aku berlepas pukul 0953 pagi . macam macam cabaran aku ngan tarmizi hadapi . nasib baik aku kuat . ahaha . kena kejar anjing , kena selut . tapi gua sempoi ................ ada sorang dari kami yang pengsan , ayih ramli . masuk tv3 baaiii . masa dia pengsan , aku pon buat buat bz lah depan cameraman tu . bagi arahan nie , bg arahan tu . then aku kipas , aku siram air kat kepala dia . haha . betul betul desperate nak masuk tv ! :) 
malam tu ada dinner pulak ! first time aku rasa dinner macam pundek ! panas gila ! ramai orang . tension gila ! dah lah tengah lapar nak mampus , lambat pulak makan ! dalam otak aku dah fikir makan je . then aku ngan budak budak dah planning nak rembat makanan tu . haha . makan pun macam makanan kenduri je . tapi takpe lah . kenyang jugak . nie lah antara pic kami hari itu . 
otw nak ke senam robik
nak ke dinner
suasana dalam hall dinner
artis jemputan
sweet couple


27 March 2011


hari nie adalah hari kemuncak aka climax for this competition . hari nie lah hari yang bakal menentukan siapa kah juara pertandingan nie . sebelum tu , aku nak cerita sikit ape aktiviti kitorang pagi tu . pagi pagi dah kena bangun ! bangun pagi lagi ! aku paling anti bangun pagi pagi . dengan kulit dah macam anak keling , dengan penat n letih nya , ingat dapat lah rehat yang cukup ! tapi hampeh ! kena bangun 7.30 jugak ! haish . dengan ketabahan dalam diri nie , aku gagah kan diri utk bangun . mandi mandi then terus siap pergi ke BUKIT KEPONG ! dulu aku nak sangat pergi tempat nie sbb kata orang tempat nie banyak sejarah . sampai sampai je , memang itu lah hari paling sejarah sbb kena CAT BALAI POLIS ! ahahaha . ingat kan nak pergi melawat bandar bersejarah tu , tapi sejarah lain pulak tercipta . tempat tu pernah banjir . tinggi jugak sbb paras air ada terlekat kat dinding tu . so aku pon dah lama tak buat kerja kerja amal , so aku pon bersemangat lah cat . then kitorang jalan jalan situ , then lepak dalam lokap , then lepak kat depan makam para pejuang bukit kepong . 
tepat pukul 11 , kitorang balik . sampai kat ikbn pagoh , dah pukul 11.30 , nak kena kumpul balik pukul 12 . mana sempat . nak packing lagi . last last dekat 12.30 baru gerak ! uitm dungun masih dengan trademark nya ! otai ! sampai je kat dewan tempat penyampaian hadiah tu , ucapan semua dah habis . tengah penyampaian hadiah . haha . memang onak lah lambat gila ! then keputusan nya , memang 'membanggakan' ! tak payah lah aku nak cakap sbb terlalu besar nombor yang kami dapat . aha . aku rasa ada konspirasi lah . yelah , dah lah uitm dungun tak menang ape ape , lucky draw pon tak dapat , sedangkan ada 30 hadiah lucky draw . its okay lah , have fun sudah . aha . baiiikkk punya cover ... eh malas lah pulak aku nak cerita banyak banyak . korang bukan paham pon . aha . tengok jelah pics kitorang di hari terakhir di Pagoh . 


nie lah penulis lirik , komposer serta penyanyi sebenar lagu banduan tu 




nie jelah kot buat mase nie . hope enjoy . c you next post ! daaa ........







Tuesday, March 22, 2011

MENGELUH ....

mana lah dia nie . sampai sekarang aku masih menanti kau . take your time . it's okay .

Sunday, March 13, 2011

BALIK KLANG

aku rasa tak sabar sangat bila dapat balik klang ku hari rabu malam hari tu . memang aku rindu gila babeng kat family aku , especially my niece . fuh aku sampai sampai je , yang 1st skali aku pegi peluk n cium ialah kucing aku ! dah besar gila babi ! dah macam harimau dah aku tengok . aha . then baru aku masuk rumah aku salam abang aku then akak n abang ipar aku . bapak aku takde kat rumah , al maklum lah . dah ada rumah baru . so jarang lah balik rumah lama . aha . its okay . aku tak kesa . aku paham .

khamis
aku macam biasa kalau duduk rumah , memang jadi anak dara . pagi pagi dah bangun g kemas rumah semua , dari cuci pinggan , buang sampah , sapu lantai , basuh n jemur baju sampai lah bagi kucing n monyet aku makan . semua aku kene buat . kadang kadang aku rasa penat sangat , yelah kakak aku just masak je . yang lain macam sial pemalas . takkan aku nak biar je rumah aku bersepah ? so dengan rasa bertanggung jawab , aku lah yang kene buat semua tu , sejak arwah mama aku meninggal . dah , stop cerita cinderella . then petang tu iwan ajak aku pergi shah alam pergi hantar BB dia rosak . so aku ikot lah . petang tu takde kerja , so aku lepak umah je . malam tu baru aku lepak ngan member aku . lame dah tak lepak . memang fun gila !

jumaat
lepas kemas umah semua aku mandi n terus pergi solat jumaat . then aku balik lepak umah then pukul 3 macam tu aku keluar balik ajar budak kawad . nie sebenarnya motif aku balik klang . member aku memang harap sangat aku ajar dak dak skolah tu kawad sebab diorang tu macam lembab sangat ! macam tak paham paham orang ajar . so aku nie sejak form 2 dah mengajar orang kawad kan (dengan perasaan poyo sikit) , so aku pon gunakan pengalaman aku ajar orang . memang susah gila babi nak bentuk diorang ! tapi aku rilek je . aku tabah . malam tu ialah malam paling mendebarkan dalam hidup aku . dah 20 tahun aku hidup , tu saat paling cuak ar bagi aku . korang pernah dengar pasal rumah sewa shah alam rm50 tu tak ? kalau tak pernah , korang baca kat link nie http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-shit-cerita-rumah-sewa-berhantu.html
cerita nie memang benar ! malam tu member aku baru dapat tau cerita tu , so malam , dalam pukul 2 something dia ceritakan . dia bacakan direct dari facebook member dia . dia baca sebijik sebijik . cerita tu tak lah seram sangat , tapi yang buat seram nya kebetulan yang melanda kami pada malam tu .

1. masa member aku cerita tu , tepat pukul 3 pagi . dalam cerita tu pulak , pukul 3 pagi tepat , budak budak yang kena kejar hantu tu tadi tengah cerita pengalaman diorang .
2. kitorang pada mulanya berlapan tapi 2 orang dah balik , so tinggal berenam . dalam cerita tu , budak budak rumah sewa tu ada 8 orang tapi 2 orang menghilang , tinggal 6 !
3. masa cerita tu , kitorang duduk keliling . dalam cerita tu pulak , dia ada nyatakan masa diorang tengah cerita pengalaman diorang kena kejar hantu tu , diorang duduk keliling .
4. ada pakcik nie , cik kudin nama nya . dia baru balik tournament futsal pukul 3 lebih tu . then ntah dari pelusuk mana dia datang , tiba tiba ajak kitorang minum . siap nak belanja lagi . kitorang tanya lah kat mana . (masa tu tak pikir ape ape sbb lapar) . dia cakap jom pergi jauh sikit . shah alam , seksyen 7 . masa nie hati aku dah cakap 'ah sudah ! ape hal lak orang tua nie ajak g jauh jauh , selalu mapley sini je' . so kitorang layan lagi . seksyen 7 kat mana ? HAKIM ! pranng ! berderau darah ! restoran HAKIM tu lah restoran yang diceritakan dalam cerita hantu tu , sebagai tempat di mana budak berenam tu lepak sambil ceritakan pengalaman hantu tadi , lepas kena kejar dengan hantu ! makkk aih ! 4 kebetulan !

masing masing dah malas dah nak balik . last last ada sorang nie nak balik sbb dia dari melaka , tak sempat jumpa family lagi . so kami hantar dia balik . yang lain pon balik . aku malas balik sbb masa tu memang kompom rumah aku dah kunci . so aku tidur rumah kawan aku . seram  doh !!!

sabtu
macam biasa aku kemas rumah pagi pagi . lepas chaw dari rumah iwan , aku kemas lah rumah . petang tu macam biasa aku pergi ajar budak budak kawad . makin hari makin okay dak dak nie . maybe sbb takut jurulatih luar kot . haha . malam tu malam yang agak seram tapi best . nak tau ape ? aku ngan member aku semua , dalam 14 orang , 3 biji kereta g rumah hantu terbabit . mula mula si danie taknak pergi sbb takut . last last dengan kePOWERan ayat aku , aku ayat ayat dia , dia g jugak . lepas hantar camok , dalam 2 lebeh macam tu kami gerak ke shah alam seksyen 2 itu . mula mula pusing pusing gak nak cari . last last jumpa jugak . seram ar jugak rumah dia . tapi kami tak masuk sbb dah berkunci rumah nya . pakai mangga basikal . so kitorang lepak je depan umah tu , then ada lah antara kitorang yang ke belakang rumah tu , nak tengok busut tu . ada yang amek gambar lah , ape lah . ingat kan kitorang je nak cari rumah tu , rupanya sepanjang sejam kitorang lepak kat situ , ada dalam 4 bijik kereta pergi balik tempat tu . maybe nak cari jugak kot . and then , after semua dah bosan , kitorang lepak minum then balik tidur kat rumah masing masing . dalam pukul 5.45 pagi aku sampai rumah .

ahad
pagi tu aku kemas rumah then aku macam biasa petang g train budak kawad . hari tu last aku train , aku bagi bunga kat iwan suruh pakai bunga tu , then aku push diorang habis habis . okay lah jugak . hope u all menang ! tak menang takpe lah , tapi dapat ranking dah lah , its okay . then malam tu , aku ngan tarmizi bertolak balik ke dungun , lambat ! kami tertinggal bas . bas tu sepatutnya bertolak pukul 9.30 malam  , tapi tarmizi sampai pukul 9.31 .

tarmizi : kau kat mana ?
aku : jap jap . aku otw nie . dah dekat traffic light .
tarmizi : kita naik bas apa ?
aku : sp bumi lah . kaau kau nampak bas nye kau tahan jap . 5 minit .
tarmizi : macam dah gerak je bas nya ?

berderau darah aku . aku suruh iwan pecut naik swift nya ! sampai sampai aku berlari . pergi tempat bas . memang takde dah . pergi kaunter nya pulak , dia cakap bas tu baru je jalan . aha
aku tanpa pikir panjang , aku suruh tarmizi naik ngan aku , kejar bas tu naik swift ! bukan main laju iwan bawak . masa tu aku dah tak fikir ape ape . just takut tertinggal bas ! aha . nasib baik sampai klang sentral , jumpa bas tu . aminnnn .

eh malas lah pulak nak taip lagi . lain kali lah ea aku post lagi !
tata . titi . tutu .

waiting for SAMS