Tuesday, March 29, 2011

PAGOH OH PAGOH

24 March 2011


kami bertolak dari uitm dungun ke ikbn pagoh . sebelum tu , aku rasa malas sangat nak pergi coz aku dapat berita dari member aku kat klang bahawasanya junior junior aku akan bertanding kawad hari rabu nie . diorang suruh aku balik . aku nie kalau tak ada ape ape dah lama dah aku balik . serba salah aku dibuat nya . tapi aku dah jelas kan kat diorang , so aku pon meneruskan perjalanan aku . nak cerita sikit . perjalanan macam sial lama ! dari pukul 3.15 pm kitorang gerak , 12 am baru sampai . makkkkkkk aiihh ! bukan main lama lagi . dah siap bangun , tidur balik then bangun balik tak sampai sampai lagi . nie lah serba sedikit gambar kitorang masa 1st day . perjalanan yang memenatkan ..


25 March 2011

pagi tu almost half day kitorang buat hal sendiri sbb aktivity mula pukul 5 . tu pon just utk ketua kumpulan je . aku nie secara tiba tiba dilantik menjadi ketua . pagi tu tak puas hati betul kitorang . ade ke patut saddan g jalan jalan ngan driver bas aka roommate aril berenam je . yang lain dia tak ajak pon ! sioot ! kitorang pon ape lagi . pisang jelah kat dalam bilik sementara nak menanti aktiviti seterusnya . dengan lapar gila babi nye , kitorang pon menuju ke cafe yang agak jauh dari dorm . aku nie dalam poket just ada RM2.20 . atm pulak boleh rosak ! aku ingat cukup lah nak makan sikit sikit . last last kena jugak RM2.50 ! ahaha . mana nak cekau . nasib baik tarmizi ada . dia bayarkan . then makan makan terus balik then rehat n bersiap pergi solat . petang tu kitorang ke dewan umno pagoh kalau tak silap . sbb kata kak ila ada ceramah yang wajib utk ketua pasukan kat situ . sampai sampai kosong je ! ahahhaahah . salah tempat da .. tapi dapat jugak lah berposing posing kat situ . then malam tu baru lah ke dewan yang sebenar utk FORUM 1 MALAYSIA . nie antara pics nya . 
pengumuman raya
seksi itu menawan . ahaha
bos dan kuli nya . aha
betul terkejut ea ?
hormatilah para pemimpin
nak pergi kerja (jaga trafik)
saddan nampak 'menarik'
 26 March 2011

pagi pagi lagi dah kena bangun . siot ! aku dah lah mengantuk gila . pagi pagi tu dapat arahan supaya berkumpul pukul 7.30 pagi sebab pagi tu ada perasmian pasal orienteering tu lah , then terus berlepas . kitorang rilek je . aku rasa uitm Dungun paling otai . lambat gila sampai . aha . pagi tu kena pakai baju balut nangka warna hitam tajaan orienteering tu . bukan main besar ! tak pernah aku pakai baju saiz L . nie semua pasal dak pompuan ! semua diorang dah sapu saiz kecik ! bengang je ! pakai jelah kan ? dah terpaksa . then sampai sampai je terus daftar amek transponder , timer yang lekat kan kat ankle . tak pernah pulak aku pakai menatang tu , so aku pon takut nak pakai sbb takut hilang , aku suruh ar partner aku pakai . dia lebih bagus . aha . then aktiviti senam robik bodoh , yang telah di'conduct' oleh seorang andartu yang dah berkedut tapi masih terkinja kinja . geli aku tengok . lepas senam robik tu , ada lah ucapan perasmian . aktiviti yang ditunggu tunggu akhirnya tiba . aku berlepas pukul 0953 pagi . macam macam cabaran aku ngan tarmizi hadapi . nasib baik aku kuat . ahaha . kena kejar anjing , kena selut . tapi gua sempoi ................ ada sorang dari kami yang pengsan , ayih ramli . masuk tv3 baaiii . masa dia pengsan , aku pon buat buat bz lah depan cameraman tu . bagi arahan nie , bg arahan tu . then aku kipas , aku siram air kat kepala dia . haha . betul betul desperate nak masuk tv ! :) 
malam tu ada dinner pulak ! first time aku rasa dinner macam pundek ! panas gila ! ramai orang . tension gila ! dah lah tengah lapar nak mampus , lambat pulak makan ! dalam otak aku dah fikir makan je . then aku ngan budak budak dah planning nak rembat makanan tu . haha . makan pun macam makanan kenduri je . tapi takpe lah . kenyang jugak . nie lah antara pic kami hari itu . 
otw nak ke senam robik
nak ke dinner
suasana dalam hall dinner
artis jemputan
sweet couple


27 March 2011


hari nie adalah hari kemuncak aka climax for this competition . hari nie lah hari yang bakal menentukan siapa kah juara pertandingan nie . sebelum tu , aku nak cerita sikit ape aktiviti kitorang pagi tu . pagi pagi dah kena bangun ! bangun pagi lagi ! aku paling anti bangun pagi pagi . dengan kulit dah macam anak keling , dengan penat n letih nya , ingat dapat lah rehat yang cukup ! tapi hampeh ! kena bangun 7.30 jugak ! haish . dengan ketabahan dalam diri nie , aku gagah kan diri utk bangun . mandi mandi then terus siap pergi ke BUKIT KEPONG ! dulu aku nak sangat pergi tempat nie sbb kata orang tempat nie banyak sejarah . sampai sampai je , memang itu lah hari paling sejarah sbb kena CAT BALAI POLIS ! ahahaha . ingat kan nak pergi melawat bandar bersejarah tu , tapi sejarah lain pulak tercipta . tempat tu pernah banjir . tinggi jugak sbb paras air ada terlekat kat dinding tu . so aku pon dah lama tak buat kerja kerja amal , so aku pon bersemangat lah cat . then kitorang jalan jalan situ , then lepak dalam lokap , then lepak kat depan makam para pejuang bukit kepong . 
tepat pukul 11 , kitorang balik . sampai kat ikbn pagoh , dah pukul 11.30 , nak kena kumpul balik pukul 12 . mana sempat . nak packing lagi . last last dekat 12.30 baru gerak ! uitm dungun masih dengan trademark nya ! otai ! sampai je kat dewan tempat penyampaian hadiah tu , ucapan semua dah habis . tengah penyampaian hadiah . haha . memang onak lah lambat gila ! then keputusan nya , memang 'membanggakan' ! tak payah lah aku nak cakap sbb terlalu besar nombor yang kami dapat . aha . aku rasa ada konspirasi lah . yelah , dah lah uitm dungun tak menang ape ape , lucky draw pon tak dapat , sedangkan ada 30 hadiah lucky draw . its okay lah , have fun sudah . aha . baiiikkk punya cover ... eh malas lah pulak aku nak cerita banyak banyak . korang bukan paham pon . aha . tengok jelah pics kitorang di hari terakhir di Pagoh . 


nie lah penulis lirik , komposer serta penyanyi sebenar lagu banduan tu 




nie jelah kot buat mase nie . hope enjoy . c you next post ! daaa ........







No comments:

Post a Comment