Sunday, March 13, 2011

BALIK KLANG

aku rasa tak sabar sangat bila dapat balik klang ku hari rabu malam hari tu . memang aku rindu gila babeng kat family aku , especially my niece . fuh aku sampai sampai je , yang 1st skali aku pegi peluk n cium ialah kucing aku ! dah besar gila babi ! dah macam harimau dah aku tengok . aha . then baru aku masuk rumah aku salam abang aku then akak n abang ipar aku . bapak aku takde kat rumah , al maklum lah . dah ada rumah baru . so jarang lah balik rumah lama . aha . its okay . aku tak kesa . aku paham .

khamis
aku macam biasa kalau duduk rumah , memang jadi anak dara . pagi pagi dah bangun g kemas rumah semua , dari cuci pinggan , buang sampah , sapu lantai , basuh n jemur baju sampai lah bagi kucing n monyet aku makan . semua aku kene buat . kadang kadang aku rasa penat sangat , yelah kakak aku just masak je . yang lain macam sial pemalas . takkan aku nak biar je rumah aku bersepah ? so dengan rasa bertanggung jawab , aku lah yang kene buat semua tu , sejak arwah mama aku meninggal . dah , stop cerita cinderella . then petang tu iwan ajak aku pergi shah alam pergi hantar BB dia rosak . so aku ikot lah . petang tu takde kerja , so aku lepak umah je . malam tu baru aku lepak ngan member aku . lame dah tak lepak . memang fun gila !

jumaat
lepas kemas umah semua aku mandi n terus pergi solat jumaat . then aku balik lepak umah then pukul 3 macam tu aku keluar balik ajar budak kawad . nie sebenarnya motif aku balik klang . member aku memang harap sangat aku ajar dak dak skolah tu kawad sebab diorang tu macam lembab sangat ! macam tak paham paham orang ajar . so aku nie sejak form 2 dah mengajar orang kawad kan (dengan perasaan poyo sikit) , so aku pon gunakan pengalaman aku ajar orang . memang susah gila babi nak bentuk diorang ! tapi aku rilek je . aku tabah . malam tu ialah malam paling mendebarkan dalam hidup aku . dah 20 tahun aku hidup , tu saat paling cuak ar bagi aku . korang pernah dengar pasal rumah sewa shah alam rm50 tu tak ? kalau tak pernah , korang baca kat link nie http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-shit-cerita-rumah-sewa-berhantu.html
cerita nie memang benar ! malam tu member aku baru dapat tau cerita tu , so malam , dalam pukul 2 something dia ceritakan . dia bacakan direct dari facebook member dia . dia baca sebijik sebijik . cerita tu tak lah seram sangat , tapi yang buat seram nya kebetulan yang melanda kami pada malam tu .

1. masa member aku cerita tu , tepat pukul 3 pagi . dalam cerita tu pulak , pukul 3 pagi tepat , budak budak yang kena kejar hantu tu tadi tengah cerita pengalaman diorang .
2. kitorang pada mulanya berlapan tapi 2 orang dah balik , so tinggal berenam . dalam cerita tu , budak budak rumah sewa tu ada 8 orang tapi 2 orang menghilang , tinggal 6 !
3. masa cerita tu , kitorang duduk keliling . dalam cerita tu pulak , dia ada nyatakan masa diorang tengah cerita pengalaman diorang kena kejar hantu tu , diorang duduk keliling .
4. ada pakcik nie , cik kudin nama nya . dia baru balik tournament futsal pukul 3 lebih tu . then ntah dari pelusuk mana dia datang , tiba tiba ajak kitorang minum . siap nak belanja lagi . kitorang tanya lah kat mana . (masa tu tak pikir ape ape sbb lapar) . dia cakap jom pergi jauh sikit . shah alam , seksyen 7 . masa nie hati aku dah cakap 'ah sudah ! ape hal lak orang tua nie ajak g jauh jauh , selalu mapley sini je' . so kitorang layan lagi . seksyen 7 kat mana ? HAKIM ! pranng ! berderau darah ! restoran HAKIM tu lah restoran yang diceritakan dalam cerita hantu tu , sebagai tempat di mana budak berenam tu lepak sambil ceritakan pengalaman hantu tadi , lepas kena kejar dengan hantu ! makkk aih ! 4 kebetulan !

masing masing dah malas dah nak balik . last last ada sorang nie nak balik sbb dia dari melaka , tak sempat jumpa family lagi . so kami hantar dia balik . yang lain pon balik . aku malas balik sbb masa tu memang kompom rumah aku dah kunci . so aku tidur rumah kawan aku . seram  doh !!!

sabtu
macam biasa aku kemas rumah pagi pagi . lepas chaw dari rumah iwan , aku kemas lah rumah . petang tu macam biasa aku pergi ajar budak budak kawad . makin hari makin okay dak dak nie . maybe sbb takut jurulatih luar kot . haha . malam tu malam yang agak seram tapi best . nak tau ape ? aku ngan member aku semua , dalam 14 orang , 3 biji kereta g rumah hantu terbabit . mula mula si danie taknak pergi sbb takut . last last dengan kePOWERan ayat aku , aku ayat ayat dia , dia g jugak . lepas hantar camok , dalam 2 lebeh macam tu kami gerak ke shah alam seksyen 2 itu . mula mula pusing pusing gak nak cari . last last jumpa jugak . seram ar jugak rumah dia . tapi kami tak masuk sbb dah berkunci rumah nya . pakai mangga basikal . so kitorang lepak je depan umah tu , then ada lah antara kitorang yang ke belakang rumah tu , nak tengok busut tu . ada yang amek gambar lah , ape lah . ingat kan kitorang je nak cari rumah tu , rupanya sepanjang sejam kitorang lepak kat situ , ada dalam 4 bijik kereta pergi balik tempat tu . maybe nak cari jugak kot . and then , after semua dah bosan , kitorang lepak minum then balik tidur kat rumah masing masing . dalam pukul 5.45 pagi aku sampai rumah .

ahad
pagi tu aku kemas rumah then aku macam biasa petang g train budak kawad . hari tu last aku train , aku bagi bunga kat iwan suruh pakai bunga tu , then aku push diorang habis habis . okay lah jugak . hope u all menang ! tak menang takpe lah , tapi dapat ranking dah lah , its okay . then malam tu , aku ngan tarmizi bertolak balik ke dungun , lambat ! kami tertinggal bas . bas tu sepatutnya bertolak pukul 9.30 malam  , tapi tarmizi sampai pukul 9.31 .

tarmizi : kau kat mana ?
aku : jap jap . aku otw nie . dah dekat traffic light .
tarmizi : kita naik bas apa ?
aku : sp bumi lah . kaau kau nampak bas nye kau tahan jap . 5 minit .
tarmizi : macam dah gerak je bas nya ?

berderau darah aku . aku suruh iwan pecut naik swift nya ! sampai sampai aku berlari . pergi tempat bas . memang takde dah . pergi kaunter nya pulak , dia cakap bas tu baru je jalan . aha
aku tanpa pikir panjang , aku suruh tarmizi naik ngan aku , kejar bas tu naik swift ! bukan main laju iwan bawak . masa tu aku dah tak fikir ape ape . just takut tertinggal bas ! aha . nasib baik sampai klang sentral , jumpa bas tu . aminnnn .

eh malas lah pulak nak taip lagi . lain kali lah ea aku post lagi !
tata . titi . tutu .

waiting for SAMS

No comments:

Post a Comment