Senyuman seindah suria?
Ya, saya amat bersetuju .....tapi bagi saya, senyuman lagi indah dari suria. Kenapa saya berperasaan sedemikian? Saya tahu suria itu wujud tapi saya tak perlu melihat akan kewujudannya. Cukuplah dengan cahayanya yang membuatkan siang menjadi terang untuk saya melihat akan senyuman orang-orang di sekeliling. Senyuman pula sebaliknya. Saya amat perlu melihat senyuman anda semua bila kita bertemu. Senyuman yang terpancar bagi saya amat indah, lagi indah dari sinaran sang suria. Senyuman dari semua menyuntik satu semangat yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Senyuman anda boleh membuatkan saya lupa saya adalah saya yang hidup dengan 1001 masalah. Senyuman anda boleh membuatkan saya bahagia, amat bahagia. Senyuman anda memberi nafas untuk saya terus hidup. Senyuman anda juga boleh membuatkan saya turut tersenyum. Senyuman pertama anda bisa membuatkan saya jatuh cinta. Senyuman mengeratkan hubungan kita. Senyuman membuatkan kita serasi. Senyuman jua yang mengekalkan hubungan kita sampai sekarang. Senyuman bisa membuatkan kita lebih muda dari usia. Setiap kali saya teringatkan senyuman anda, ia mencetuskan perasaan rindu di hati. Macam sekarang, saya amat rindukan awak . Saya selalu berpesan pada diri, hargailah orang sekeliling semasa mereka masih ada. Sebab itulah saya selalu inginkan senyuman awak. Sebab itu satu- satunya cara yang boleh membuatkan tercetusnya rasa sayang. Bila saya sayang seseorang, saya akan cuba hargai dia. Begitu kuatnya kuasa senyuman dalam diri saya.awak , kembali lah mcm dulu , sentiasa tersenyum . saya rindukan senyuman awak .
Buat kawan- kawan yang dikasihi, saya tak pernah harapkan apa- apa sempena menyambut hari jadi, cukuplah dengan senyuman kasih yang diberi.
Buat guru - guru yang dirindui, ilmu yang bagus sahaja tidak cukup, saya juga perlukan hiasan senyuman di bibir anda setiap kali kita berjumpa sebagai penawar rindu di hati.
Buat kaum keluarga yang saya cintai, walaupun kita jauh di mata, di hati ini penuh dengan senyuman tanda tidak sabar menanti saat untuk kita bertemu lagi.
Nah! Lihatlah betapa pentingnya senyuman dalah hidup saya. Saya berdoa pada Allah, bila sampai saatnya saya kembali, Allah turut mengizinkan saya untuk mengukir senyuman terakhir sebelum jasad bersemadi.
Saya amat sayangkan kamu semua. Maaf di atas segala dosa....semoga saya masih bisa menitipkan senyuman untuk masa- masa yang akan datang. AMIIN.
![]() |
*senyuman memberi kebahagiaan* |
No comments:
Post a Comment